Saturday, 31 December 2016

Pendaftaran Persekolahan Sesi 2017 SK Tengku.






Pada 28 December yang lepas, pendaftaran bagi murid tahun 1 bagi sesi 2017 telah bermula. Disamping itu juga pengurusan keperluan persekolahan 2017 bagi murid tahun 2 hingga 6 turut diadakan serentak, dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. 






Senarai semak telah diedarkan oleh pihak sekolah sebelum cuti persekolahan. Perubahan ketara pada tahun 2017 adalah sistem nombor giliran serta pelan rujukan bagi memudahkan ibu,bapa atau penjaga mengurus sendiri pembayaran dikaunter berkaitan.












Ibu,bapa atau penjaga murid tahun 1 mereka terlibat dengan taklimat Program Transisi dan Guru Penyayang di Bilik PLC 3. 







Manakala bagi murid-murid tahun 1, mereka dikehendaki menduduki peperiksaan yang akan menentukan kedudukan kelas mereka kelak.











Sunday, 27 November 2016

TMS Awards 2016

TMS Award 2016 telah diadakan pada malam 23 November yang lalu. Ianya bertempat di Hotel Pelican Batu Pahat. Ianya bertujuan menghargai tenaga pengajar serta murid-murid SK Tengku Mariam setelah penat berusaha selama setahun. Murid-murid yang terpilih adalah mereka yang cemerlang dalam Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) serta 10 murid terbalik setiap aliran darjah. 


 Murid-murid yang terpilih adalah mereka yang cemerlang dalam Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) serta 10 murid terbalik setiap aliran darjah. 




Anugerah ini bukan sahaja diberikan kepada mereka yang berjaya bidang pelajaran, malah buat murid-murid yang cemerlang dalam bidang kokurikulum sehingga mengharumkan nama SK Tengku sampai ke tahap kebangsaan dan antarabangsa. Kejayaan SK Tengku ini berkat kerjasama antara guru, ibu-bapa dan murid. 


Kejayaan SK Tengku ini berkat kerjasama antara guru, ibu-bapa dan murid. Semoga SK Tengku terus maju dalam menghadapi sesi tahun 2017 yang lebih mencabar.

 

Thursday, 24 November 2016

Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi

Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi diadakan semperna persaraan Guru Besar Puan Ruhaini binti Kasbi dan Ketua Panitia Bahasa Inggeris Cik Yeo Lee Lee. 


Jam 9.00 pagi, ketibaan tetamu VIP dan Guru Besar Zon Penggaram serta tetamu undangan Pegawai PPD dan KPPD.


Majlis dimulakan dengan perarakan masuk Puan Ruhaini binti Kasbi dan Cik Yeo Lee Lee. Mereka disambut dengan tarian selamat datang serta sesi bergambar.


Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan nyayian 3 buah lagu serta bacaan doa.







Ucapan oleh YDP PIBG, GPK Pentadbiran SKTM Puan Badariah binti Mahmood dan Tuan KPPD. 




Seterusnya persembahan tarian oleh Kelab Kebudayaan. 


Majlis diselang selikan  dengan persembahan multimedia yang memaparkan biografi Puan Ruhaini binti Kasbi dan Cik Yeo Lee Lee serta deklamasi sajak perpisahan oleh Cikgu Haniff.

Seterusnya majlis memberi laluan insan-insan yang dirai iaitu Puan Ruhaini binti Kasbi dan Cik Yeo Lee Lee bagi memberi ucapan. 



Setelah ucapan penuh emosi oleh Puan Ruhaini binti Kasbi dan Cik Yeo Lee Lee, majlis dilanjutkan lagi dengan persembahan Koir daripada murid Tahun 6.


Majlis diteruskan lagi dengan penyampain hadiah dan cendarahati dari tetamu dan warga sekolah.



Selanjutnya, Majlis tandatangan plak peringatan oleh  Puan Ruhaini binti Kasbi. 


Sebelum majlis bersurai, nyanyian lagu Negaraku oleh tetamu, warga sekolah serta murid-murid SK Tengku Mariam. Perarakan keluar dan lambaian kasih kepada Puan Ruhaini binti Kasbi dan Cik Yeo Lee Lee oleh murid-murid serta alumni SK Tengku Mariam yang turut hadir

















Monday, 21 November 2016

Sambutan Hari Kanak-kanak

"Children are not thing to be moulded but people to be moulded."

Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat SK Tengku Mariam berlangsung pada 21 November yang lalu. 



Aturcara dimulakan dengan Perhimpunan harian pada 7.30 pagi. 



Pada pukul 9.30 pagi, murid-murid berkumpul di kantin bagi menikmati jamuan. 


Tepat jam 10.30 pagi, majlis diteruskan dengan nyanyian 3 buah lagu dan ucapan wakil murid. 


Seterusnya, ucapan dari wakil pelajar. 


Pada pukul 10.55, perasmian Sambutan Hari Kanak-kanak oleh Yang Berbahgia Guru Besar SK Tengku Mariam Puan Ruhani Kasbi.


Seterusnya gimik perasmian, 





Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian anugerah kehadiran kelas terbaik dan pengurusan buku rekod kehadiran terbaik 2016.





12.00 tengah hari, acara persembahan oleh murid-murid SK Tengku Mariam.











Sambutan Hari Kanak-Kanak diceriakan lagi dengan kehadiran Van atau Lori Milo dan agihan Ais krim kepada murid-murid. 




Majlis bersurai pada pukul 1.00 petang.