Friday, 26 August 2016

Program Solat Hajat UPSR Perdana

Program solat hajat perdana semperna peperiksaan Ujian Pernilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah diadakan pada hari Khamis, 25 Ogos 2016 yang lalu. Ianya telah dilangsungkan dengan jayanya di Dataran Puteri SK Tengku Mariam.



Pendaftaran bagi murid-murid serta ibu dan bapa mereka bermula seawal 6.30 petang. Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib pada pukul 7.00 malam oleh Imam Masjid Sultan Ismail, Batu Pahat. Setelah selesai menunaikan Solat Maghrib, majlis diteruskan dengan solat hajat pula. Kemudian majlis diteruskan lagi dengan bacaan tahlil serta doa selamat sehingga masuknya waktu Solat Isyak.



Ucapan aluan oleh Cikgu Herman kepada tetamu yang hadir sejurus selesai Solat Isyak.



Majlis juga diserikan dengan sedikit ucapan oleh wakil ibu bapa, Doktor Nurkamal. Beliau juga diminta untuk menyampaikan sedikit cendarahati buat Tuan Iman.



Para hadirin dijemput untuk menikmati sedikit kudapan sebelum mereka semua bersurai jam 9.30 malam.

Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dalam menjayakan Program Solat Hajat Perdana UPSR ini.

Terima Kasih