Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi diadakan semperna persaraan Guru Besar Puan Ruhaini binti Kasbi dan Ketua Panitia Bahasa Inggeris Cik Yeo Lee Lee.
Jam 9.00 pagi, ketibaan tetamu VIP dan Guru Besar Zon Penggaram serta tetamu undangan Pegawai PPD dan KPPD.
Majlis dimulakan dengan perarakan masuk Puan Ruhaini binti Kasbi dan Cik Yeo Lee Lee. Mereka disambut dengan tarian selamat datang serta sesi bergambar.
Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan nyayian 3 buah lagu serta bacaan doa.
Ucapan oleh YDP PIBG, GPK Pentadbiran SKTM Puan Badariah binti Mahmood dan Tuan KPPD.
Seterusnya persembahan tarian oleh Kelab Kebudayaan.
Majlis diselang selikan dengan persembahan multimedia yang memaparkan biografi Puan Ruhaini binti Kasbi dan Cik Yeo Lee Lee serta deklamasi sajak perpisahan oleh Cikgu Haniff.
Seterusnya majlis memberi laluan insan-insan yang dirai iaitu Puan Ruhaini binti Kasbi dan Cik Yeo Lee Lee bagi memberi ucapan.
Setelah ucapan penuh emosi oleh Puan Ruhaini binti Kasbi dan Cik Yeo Lee Lee, majlis dilanjutkan lagi dengan persembahan Koir daripada murid Tahun 6.
Majlis diteruskan lagi dengan penyampain hadiah dan cendarahati dari tetamu dan warga sekolah.
Selanjutnya, Majlis tandatangan plak peringatan oleh Puan Ruhaini binti Kasbi.
Sebelum majlis bersurai, nyanyian lagu Negaraku oleh tetamu, warga sekolah serta murid-murid SK Tengku Mariam. Perarakan keluar dan lambaian kasih kepada Puan Ruhaini binti Kasbi dan Cik Yeo Lee Lee oleh murid-murid serta alumni SK Tengku Mariam yang turut hadir