Thursday, 18 January 2018

Maulidur Rasul 2018

Sambutan Majlis Maulidurrasul SK Tengku Mariam 2018.

Terima kasih kepada kepada penyumbang yang telah menjayakan majlis.

Tahniah juga kepada Panitia Pen. Islam dan PEKDIS yang berjaya menganjurkan aktiviti. 








Friday, 12 January 2018

Kejohanan Merentas Desa 2018

Kejohanan Merentas Desa kali ini bertujuan untuk membentuk dan melahirkan murid SK Tengku Mariam yang cergas, progresif dan berdaya saing. Juga ianya membentuk insan seimbang dan harmonis serta menghargai alam sekitar. Program ini juga turut melibatkan semua murid dalam acara sukan demi melahirkan murid yang cergas dan aktif dalam bidang sukan.




Program ini diharap dapat menarik minat murid-murid dalam bidang sukan dan dapat membentuk serta melahirkan murid berkeyakinan tinggi dengan mempertingkatkan kebolehan dalam bidang sukan. Program ini bertepatan dengan seruan kerajaan dasar 1 Murid 1 sukan. 







Acara dimulakan dengan senamrobik serta taklimat program. Pada pukul 8.30 pagi, acara diteruskan dengan pelepasan peserta murid mengikut kategori masing-masing. Terima kasih diucapkan kepada Anggota Polis Daerah Batu Pahat yang telah membantu bagi melancarkan kawalan keselamatan sepanjang program. Acara larian tamat pada Jam 9.15 pagi. Selesai para peserta berehat, acara penyampaian hadiah dan sijil buat murid serta pemenang.