Thursday, 26 April 2018

Hoki MSSD Batu Pahat

TAHNIAH kepada PASUKAN HOKI TMS kerana telah berjaya menjadi JUARA KATEGORI PEREMPUAN PERTANDINGAN HOKI MSSD BATU PAHAT 2018.

Tahniah kepada semua murid yang telah berusaha keras sepanjang latihan.

Tahniah dan terima kasih kepada Ustaz Shahrir sebagai Jurulatih dan Cikgu Romzah selaku pengurus pasukan.

Terima kasih juga kepada Puan Guru Besar Norhaiza dan GPK KOKO Tuan Haji Norazmi yang turun padang bersama bagi menyokong pasukan hoki TMS.

TAHNIAH WARGA TMS.





Monday, 9 April 2018

Karnival Bahasa Melayu Zon Penggaram

Tahniah TMS! mendapat tempat naib johan Pertandingan Pidato sempena Karnival Bahasa Melayu Peringkat Zon Penggaram.

Terima kasih kepada guru-guru yang memberikan komitmen yang tak terhingga melatih pelajar-pelajar.





Saturday, 7 April 2018

Anugerah Sekolah Showcase PAK 21 Negeri Johor.

TAHNIAH kepada seluruh warga SK Tengku Mariam yang telah berjaya menerima ANUGERAH SEKOLAH SHOWCASE PAK 21 NEGERI JOHOR sempena Majlis Apresiasi Sekolah Showcase Pembelajaran Abad Ke21 Negeri Johor tahun 2018.

Semoga pemberian anugerah ini akan menjadi batu loncatan untuk lebih berjaya pada masa akan datang. Terus melestarikan budaya cemerlang.