Majlis berlangsung di Masjid Jamek Sultan Ismail Batu Pahat 17 Ogos yang lalu. Seramai 114 anak murid serta Ibu bapa mereka telah hadir bagi menjayakan majlis ini. InshaAllah, segala usaha mendapat keberkatan dariNya. Semoga berjaya buat calon-calon UPSR! Terima kasih buat pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis solat hajat perdana pada kali ini.
Thursday, 24 August 2017
Solat Hajat Perdana 2017
Majlis Solat Bersepadu bagi calon UPSR 2017 telah diadakan dengan kerjasama diantara 3 buah sekolah. Sekolah-sekolah yang terlibat adalah Sekolah Kebangsaan Tengku Mariam, Sekolah Kebangsaan Convent Batu Pahat & Sekolah Rendah Agama Bersepadu Batu Pahat (SABK).
Majlis berlangsung di Masjid Jamek Sultan Ismail Batu Pahat 17 Ogos yang lalu. Seramai 114 anak murid serta Ibu bapa mereka telah hadir bagi menjayakan majlis ini. InshaAllah, segala usaha mendapat keberkatan dariNya. Semoga berjaya buat calon-calon UPSR! Terima kasih buat pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis solat hajat perdana pada kali ini.
Majlis berlangsung di Masjid Jamek Sultan Ismail Batu Pahat 17 Ogos yang lalu. Seramai 114 anak murid serta Ibu bapa mereka telah hadir bagi menjayakan majlis ini. InshaAllah, segala usaha mendapat keberkatan dariNya. Semoga berjaya buat calon-calon UPSR! Terima kasih buat pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis solat hajat perdana pada kali ini.
Friday, 11 August 2017
Lagi kejayaan SK Tengku Mariam!
Pada 8 Ogos yang lalu adik Nur Hazwanie Binti Naim dan Nur Irdina Binti Mohd Farid bukan sahaja telah mengharumkan nama SK Tengku Mariam, malah Daerah Batu Pahat. Mereka telah dinobatkan sebagai Johan dalam kategori Poetry Recitation pada Karnival Perpaduan Bahasa Inggeris peringkat Negeri Johor 2017.
Tahniah dari kami pihak PIBG SK Tengku Mariam. Teruskan kecemerlangan di peringkat Kebangsaan nanti.
Sunday, 6 August 2017
Sekolah Berprestasi Tinggi bukan sekadar pada nama!
Pada Karnival Bahasa Inggeris Daerah Batu Pahat 2017, murid-murid SK Tengku Mariam telah mengharumkan nama sekolah apabila mereka telah merangkul beberapa trofi.
Johan Poetry Recitation - Nurul Hazwanie Binti Naim dan Nur Irdina Binti Mohd Farid.
Naib Johan Public Speaking - Sharanya A/P Ambigaipan.
Naib Johan Action Song.
Kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa dimasa hadapan moga-moga berterusan bagi mencipta kejayaan manis sebegini.
Subscribe to:
Comments (Atom)







