Pada 8 Ogos yang lalu adik Nur Hazwanie Binti Naim dan Nur Irdina Binti Mohd Farid bukan sahaja telah mengharumkan nama SK Tengku Mariam, malah Daerah Batu Pahat. Mereka telah dinobatkan sebagai Johan dalam kategori Poetry Recitation pada Karnival Perpaduan Bahasa Inggeris peringkat Negeri Johor 2017.
Tahniah dari kami pihak PIBG SK Tengku Mariam. Teruskan kecemerlangan di peringkat Kebangsaan nanti.

No comments:
Post a Comment