Minggu sains SK Tengku Mariam telah berlangsung selama 5 hari bermula dari 5 November sehingga 9 November. Program ini bertujuan meningkatkan minat murid terhadap matapelajaran Sains dan memberi peluang kepada murid meneroka alam Sains diluar bilik darjah melalui aktiviti permainan.
Ianya bertujuan meningkatkan motivasi murid-murid supaya minat terhadap matapelajaran Sains.
Justeru itu, ini akan meningkatkan kemahiran murid dalam menjawab soalan yang mempunyai elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) seterusnya menaikkan pencapaian akademik bagi matapelajaran Sains.
Disamping itu, Science Hot's Station turut dilancarkan. Semoga kewujudan stesen khas KBAT Sains akan meningkatkan lagi peratus murid cemerlang Sains di dalam PKSR 2.





No comments:
Post a Comment