Sunday, 8 July 2018

Karnival Perpaduan Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Batu Pahat

Sempena Karnival Perpaduan Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Batu Pahat 2018 pada 4 Julai 2018 lepas di Batu Pahat Mall, TMS telah menghantar dua pasukan utama.

Kumpulan Choral Speaking TMS telah berjaya merangkul gelaran JUARA!

Kumpulan Action Song juga telah berjaya mendapat tempat KETIGA!

Kemenangan dua pasukan ini meletakkan TMS sebagai satu-satunya sekolah yang berjaya merangkul tempat bagi kedua-kedua pertandingan!

Tahniah dan terima kasih kepada Cikgu Hanif selaku jurulatih utama kedua-dua pasukan. Terima kasih juga kepada Cikgu Romzah selaku pengurus pasukan. Terima kasih kepada Cikgu Rajakumar, Cikgu Zainees, Cikgu Uzairiah, Cikgu Salha dan Cikgu Melanie selaku jurulatih bantuan serta membantu pengurusan murid.

Tahniah dan terima kasih kepada Pn Habiebah, GPK 1 dan Tn Hj Norazmi, GPK KOKU yang bertungkus lumus bersama guru dan murid dari awal pagi hingga petang. Terima kasih juga kepada Puan Norhaiza, Guru Besar atas bantuan dan sokongan moral.

Tahniah dan terima kasih kepada ibu bapa murid yang membantu dalam menjayakan kedua-dua projek ini. Sumbangan tuan dan puan sebenarnya menjadi salah satu sumber kejayaan anak-anak.

Tahniah dan terima kasih kepada SEMUA ANAK MURID PESERTA CHORAL SPEAKING DAN ACTION SONG yang berusaha sehabis baik! ANDA SEMUA JUARA!






No comments:

Post a Comment