Monday, 8 October 2018

Pertandingan Choral Speaking Sekolah Kluster Kecemerlangan Peringkat Kebangsaan 2018

Alhamdulillah SK TENGKU MARIAM raih tempat KELIMA Anugerah Pasukan Choral Speaking Terbaik dan tempat KEDUA Anugerah Skrip Terbaik dalam PERTANDINGAN CHORAL SPEAKING SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2018 di Ipoh, Perak.

Pada masa yang sama, peserta juga telah berjaya membuat Program Lawatan sambil belajar ke beberapa tempat menarik di Ipoh.

Terima kasih kepada semua guru yang turut serta dalam menjayakan program ini iaitu Encik Hanif selaku jurulatih, Pn. Zainees selaku pengurus pasukan, Pn. Uzairiah dan Ustaz Shahrir selaku guru pembimbing. Juga kepada Pn Siti Romzah dan Pn Melanie yang menguruskan hal berkaitan dokumentasi dan pengurusan.

Terima kasih kepada semua murid yang telah berusaha memberikan yang terbaik dan menunjukkan kemampuan masing-masing.

Terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah berkorban untuk menjayakan program kali ini dan sentiasa memberikan dorongan untuk anak-anak.

Terima kasih kepada Puan Guru Besar dan Puan GPK Pentadbiran atas kesudian bersama kami di Ipoh kali ini dan sokongan puan berdua semestinya memberikan semangat yang padu untuk anak-anak murid.










No comments:

Post a Comment