Friday, 24 November 2017

Majlis Persaraan 2017

Majlis Persaraan guru SK Tengku Mariam pada 22 November 2017 iaitu Puan Hajah Badariah binti Mahmood, Puan Hajah Mazlah binti Ismon dan Puan Hoe Bee Hoon.

Kami seluruh ajk PIBG mengucapkan terima kasih diatas jasa serta segala sumbangan yang telah dicurahkan.

Semoga segala kenangan dan memori sepanjang perkhidmatan di SK Tengku Mariam tersemat serta terpahat didalam hati selamanya.



Terima Kasih Cikgu! 



Sunday, 12 November 2017

Minggu KBAT Sains

Minggu sains SK Tengku Mariam telah berlangsung selama 5 hari bermula dari 5 November sehingga 9 November. Program ini bertujuan meningkatkan minat murid terhadap matapelajaran Sains dan memberi peluang kepada murid meneroka alam Sains diluar bilik darjah melalui aktiviti permainan.



Ianya bertujuan meningkatkan motivasi murid-murid supaya minat terhadap matapelajaran Sains.


Justeru itu, ini akan meningkatkan kemahiran murid dalam menjawab soalan yang mempunyai elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) seterusnya menaikkan pencapaian akademik bagi matapelajaran Sains.



Disamping itu, Science Hot's Station turut dilancarkan. Semoga kewujudan stesen khas KBAT Sains  akan meningkatkan lagi peratus murid cemerlang Sains di dalam PKSR 2.













Sunday, 8 October 2017

Entrepreneurship Day

Perniagaan merupakan cabang mata pelajaran. Salah satu cabang kepada pendedahan dunia perniagaan sebenar. Tumpuan diberikan kepada beberapa aspek utama iaitu pengenalan kepada keadaan persekitaran, bentuk perniagaan dan pengurusan. Di SK Tengku Mariam inisiatif diambil bagi memberi pengetahuan untuk masa hadapan. 



Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Guru Besar SK Tengku Mariam Puan Norhaiza Binti Tahir. Seterusnya majlis dirasmikan oleh Ketua Unit Pembangunan Kemanusian PPD Batu Pahat, Encik Asrar Najib Bin Yunus. Majlis diserikan dengan gimik persembahan "Poetry Recital" oleh wakil murid. 


Selain booth-booth jualan, E-Day ini dimeriahkan lagi dengan acara cabutan bertuah, tayangan wayang, pameran NGO, badan kerajaan serta syarikat korporat serta pertandingan karaoke.








Jutaan terima kasih kepada individu, ibu-bapa, syarikat koporat, badan kerajaan atas sumbangan yang diberikan bagi menjayakan Hari Keusahawanan SK Tengku Mariam. 











Thursday, 24 August 2017

Solat Hajat Perdana 2017

Majlis Solat Bersepadu bagi calon UPSR 2017 telah diadakan dengan kerjasama diantara 3 buah sekolah. Sekolah-sekolah yang terlibat adalah Sekolah Kebangsaan Tengku Mariam, Sekolah Kebangsaan Convent Batu Pahat & Sekolah Rendah Agama Bersepadu Batu Pahat (SABK).




Majlis berlangsung di Masjid Jamek Sultan Ismail Batu Pahat 17 Ogos yang lalu. Seramai 114 anak murid serta Ibu bapa mereka telah hadir bagi menjayakan majlis ini. InshaAllah, segala usaha mendapat keberkatan dariNya. Semoga berjaya buat calon-calon UPSR! Terima kasih buat pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis solat hajat perdana pada kali ini.






Friday, 11 August 2017

Lagi kejayaan SK Tengku Mariam!


Pada 8 Ogos yang lalu adik Nur Hazwanie Binti Naim dan Nur Irdina Binti Mohd Farid bukan sahaja telah mengharumkan nama SK Tengku Mariam, malah Daerah Batu Pahat.  Mereka telah dinobatkan sebagai Johan dalam kategori Poetry Recitation pada Karnival Perpaduan Bahasa Inggeris peringkat Negeri Johor 2017. 

Tahniah dari kami pihak PIBG SK Tengku Mariam. Teruskan kecemerlangan di peringkat Kebangsaan nanti.

Sunday, 6 August 2017

Sekolah Berprestasi Tinggi bukan sekadar pada nama!



Pada Karnival Bahasa Inggeris Daerah Batu Pahat 2017, murid-murid SK Tengku Mariam telah mengharumkan nama sekolah apabila mereka telah merangkul beberapa trofi. 



Johan Poetry Recitation - Nurul Hazwanie Binti Naim dan Nur Irdina Binti Mohd Farid. 
Naib Johan Public Speaking - Sharanya A/P Ambigaipan. 
Naib Johan Action Song.




Kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa dimasa hadapan moga-moga berterusan bagi mencipta kejayaan manis sebegini. 




Monday, 19 June 2017

Majlis Berbuka Puasa bersama Jameela Beauty

Majlis berbuka puasa ini adalah tajaan dari Jameela Beauty. Ini bertujuan meraikan murid-murid dari keluarga kurang berkemampuan. Ianya berlangsung di Hotel Katerina.



Pihak Jameela Beauty juga berbesar hati bagi menyampaikan sumbangan kepada murid-murid yang hadir. Ini secara tidak langsung dapat menambahkan lagi keceriaan murid-murid disaat Aidilfitri yang bakal menjelang. 


Terima kasih kepada Jameela Beauty dari kami PIBG SK Tengku mariam.


Tuesday, 23 May 2017

Latihan Kebakaran

Pada 23 Mei 2017, pihak SK Tengku Mariam dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah mengadakan satu latihan kebakaran. Ini memberi pendedahkan dan latihan pada murid-murid dalam menghadapi bencana kebakaran. Murid-murid mula berkumpul ditempat berkumpul berhampiran dengan padang sekolah apabila loceng panjang dibunyi. 
Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menunjukkan demonstrasi cara-cara untuk memadamkan kebakaran. 


Murid-murid dan guru-guru turut diberi peluang untuk mencuba teknik memadam kebakaran yang telah ditunjukkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.  





Akhir sekali, murid-murid tidak melepaskan peluang untuk melihat lebih dekat jentera Scania Medium Fire Rescue Tender, Magirus TL30 Turn Table Ladder. Ini adalah salah satu aset penting Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam menghadapi sebarang bencana. 


Tuesday, 16 May 2017

Hari Guru



16 Mei adalah hari menunjukkan penghargaan terhadap guru-guru di Malaysia yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaga demi mencorak masa depan cemerlang anak-anak bangsa. Tarikh penting ini telah lama diperuntukkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan sejak tahun 1956. 



Nyanyian lagu tema hari guru bukan sekadar lagu biasa. Setiap bait lirik mengandungi ikrar sumpah seorang guru yang cintakan negara untuk melihat anak bangsa berkualiti membentuk sebuah Malaysia gemilang. 



Di sini diselitkan sedikit gambar kenang-kenangan untuk sambutan bagi tahun 2017. Seperti biasa sambutan hari guru yang disambutnya adalah guru-gurunya sendiri. Anak-anak murid sekadar melakukan apa yang terbaik bagi memeriahkan lagi acara bagi insan-insan yang mereka sayang ini. 


Menariknya tahun ini, guru-guru yang telah berpindah, bersara atau yang diserapkan ke Pejabat Pendidikan turut hadir bagi meraikan majlis ini. InshaAllah, kita akan bertemu dalam majlis sambutan hari guru pada tahun hadapan.


Thursday, 13 April 2017

Karnival Pendidikan Islam 2017

Pada 9 April yang lalu, Sekolah Kebangsaan Tengku Mariam telah menjadi tuan rumah bagi Karnival Pendidikan Islam 2017 peringkat daerah Batu Pahat. Pelbagai aktiviti dan acara dilangsungkan, antaranya adalah pertandingan tilawah al-Quran, berzanji,dan hafazan al-Quran. Murid-murid yang bertanding adalah peserta-peserta didalam zon penggaram. Dibawah dipaparkan sedikit sebanyak gambar kenangan-kenangan sepanjang karnival berlangsung. 


 
 





Thursday, 30 March 2017

Mesyuarat Agung PIBG



Mesyuarat Agung PIBG SK Tengku Mariam kali 42 telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Aziz Kaprawi Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia yang juga merangkap Ahli Parlimen Sri Gading. Ianya berlangsung 26 Mac 2017 yang lalu dan bertempat di bilik seminar SK Tengku Mariam.

Lebih 100 orang ibu, bapa dan penjaga yang hadir pada mesyuarat kali ini. Ini lah perningkatan kehadiran berbanding mesyuarat tahun lepas. Namun pihak PIBG amat berharap jika kehadiran ibu dan bapa dalam mesyuarat lebih memberangsangkan dalam mesyuarat agung di masa hadapan. 

Selain mengesahkan minit mesyuarat yang lepas, beberapa usul dan cadangan telah dibahaskan serta dibentangkan. Ada cadangan diterima dengan penjelasan, manakala ada cadangan diterima tanpa dibahas.

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Aziz Kaprawi kerana sudi memberi sedikit sumbangan kepada PIBG SK Tengku Mariam. Tahniah buat pemenang-pemenang cabutan bertuah, untuk makluman hadiah bagi cabutan bertuah adalah tajaan oleh YDP PIBG sendiri.

Beberapa muka lama dan baru telah terpilih dalam mesyuarat PIBG kali ini, diharap AJK sesi baru dapat menjalankan tugas yang telah diberikan.

Sunday, 19 February 2017

Kejohanan Olahraga & Balapan SK Tengku Mariam kali ke 47

Sukan sekolah atau Kejohanan Olahraga SK Tengku Mariam telah berlangsung dengan jaya pada Ahad, 19 Febuari 2017 yang lalu. Ianya juga menyaksikan beberapa rekod kejohanan berjaya dipecahkan mahupun dicipta. Sekali lagi Pasukan Saga iaitu rumah merah menjadi johan keseluruhan.


Acara tahunan ini dimulakan dengan perarakan masuk kontigen dari rumah sukan yang terlibat dan pasukan badan unit beruniform. Mereka mengenakan pakaian dalam pelbagai gaya bagi mencuri hati juri dalam memenangi kategori rumah sukan terbaik.


Perarakan masuk kontigen diiringi oleh drum line SK Tengku Maraim dan bendera kejohanan. Puan Guru Besar, GPK Kokurikulum dan YDP PIBG menerima tabik hormat oleh para peserta kontigen kejohanan.


Seperti saban tahun, acara kejohanan ini dilengkapkan bacaan ikrar bagi menyemarakan semangat kesukanan serta menaikkan bendera kejohanan. Tidak dilupakan juga ucapan aluan oleh Puan Guru Besar dan YDP PIBG.



Insha Allah, dari kejohanan balapan sekolah inilah akan melahirkan atlet bertaraf antarabangsa yang akan mewakili Malaysia satu masa nanti.


Kejohanan kali ini juga dimeriahkan dengan acara tambahan iaitu acara tarik tali.


Kehadiran ibu, bapa dan penjaga pada kejohanan ini sebenarnya adalah tonik buat murid-murid bersungguh-sungguh dalam memenangi dan rekod acara balapan tahun ini.